Facebook Datok Key

Thursday, October 20, 2011

Tarikh Lahir adalah tarikh mati..

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

Opppsss..... rileks semua. Datok belum habis cakap lagi. Ini berikutan Jabatan Pengangkutan jalan (JPJ) akan memperkenalkan sistem pembaharuan lesen berdasarkan TARIKH LAHIR. Cuba kotrang baca sikit kaedah pelaksanaannya di bawah ni. Jangan nanti ada yang terlupa atau banyak alasan lagi nak renew lesen!

PUTRAJAYA 20 Julai – Orang ramai dinasihatkan tidak berebut untuk memperbaharui lesen memandu mereka yang tamat tempoh bagi diselaraskan dengan sistem baru iaitu mengikut tarikh lahir seseorang.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, orang ramai hanya perlu memperbaharui lesen memandu apabila tempohnya tamat dan bukannya apabila tarikh lahir mereka tiba.
Sebagai contoh, mereka yang akan menyambut hari lahir pada Mei depan tetapi lesen memandu akan tamat pada Januari, mereka hanya perlu memperbaharui lesen pada Januari tetapi tarikh tamat lesen akan diletakkan pada Mei.

“Bagaimanapun, mereka tidak dikenakan sebarang bayaran kerana ia kurang enam bulan dari tarikh tamat lesen, namun bayaran lesen untuk tempoh setahun tetap dikenakan sebanyak RM30 kerana tempoh lesen akan dihidupkan melebihi setahun.

“Bagi mereka yang tarikh lahirnya melebihi enam bulan daripada tarikh lesen memandu tamat tempoh akan dikenakan bayaran tambahan sebanyak 50 peratus iaitu RM15,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet kementeriannya di sini hari ini.

Skim itu tidak merugikan para pemandu kerana terdapat pemandu yang akan menikmati kadar tempoh lesen melebihi setahun dari tarikh ia dihidupkan.

Cho Ha berkata, pemandu masih dibenarkan memperbaharui lesen memandu mereka sehingga lima tahun walaupun sistem tersebut dilaksanakan.

Berdasarkan rekod Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), terdapat 2.2 juta daripada 11.8 juta rekod pemegang lesen tidak aktif atau tidak memperbaharui lesen memandu mereka.

“Kebanyakan pemandu memberikan alasan sukar mengingati tarikh tamat tempoh lesen memandu masing-masing khususnya yang memperbaharui bagi tempoh yang panjang iaitu tiga hingga lima tahun.

“Pemegang lesen memandu dalam cip MyKad yang tidak dipaparkan maklumat tarikh tamat pada permukaan MyKad turut menyebabkan pemandu sering memandu semasa lesen sudah tamat tempoh dan akhirnya dikenakan tindakan saman,” katanya.

Rekod JPJ juga menunjukkan, trend memperbaharui lesen memandu adalah 47 peratus (2.7 juta orang) untuk tempoh setahun; 31 peratus (1.8 juta orang) tempoh dua tahun; 18 peratus (1.1 juta) bagi tempoh tiga tahun manakala lima peratus atau 265,264 orang bagi tempoh lima tahun.

Beliau berkata, JPJ diarah menyediakan mekanisme pelaksanaan dan inisiatif memperbaharui lesen memandu mengikut tarikh lahir agar ia dapat dilaksanakan dalam tempoh tiga bulan.

No comments:

Post a Comment

Jadi Pakar Coklat!