Facebook Datok Key

Friday, October 21, 2011

myMetro | Sekali tepuk RM50,000 lesap

myMetro | Sekali tepuk RM50,000 lesap

BATU PAHAT: Hanya sekadar menepuk bahu, seorang lelaki berwatak alim mampu membuatkan mangsanya secara tanpa disedari menyerahkan geran tanah, wang tunai serta barangan kemas kepada pengamal ilmu pukau terbabit.

Seorang daripada mangsa amalan sihir itu yang hanya mahu dikenali sebagai Salim dari Seri Medan di sini, berkata dia kerugian RM50,000 dan hanya menyedari dipukau selepas pemeriksaan mendapati wang dalam akauan banknya berkurangan.

Bagaimanapun, lelaki berusia 60 tahun itu bersyukur tidak sempat menyerahkan geran tanah miliknya kerana penipu terbabit menghilangkan diri terlebih dulu. Salim berkata, segala-gala bermula pada awal September lalu selepas dia bersua muka dengan lelaki dikenali sebagai Roslan, 40-an, yang selalu memakai jubah serta kopiah.

“Saya menerima panggilan telefon daripadanya dan bila saya tanya bagaimana dia dapat nombor telefon saya, Roslan memaklumkan kami mempunyai naluri rasa yang sama.

“Tanpa membuang masa, Roslan menawarkan peluang perniagaan yang boleh menjana pendapatan lumayan namun saya menolaknya dengan baik dan mengatakan tidak berminat dengan urus niaga seperti itu,” katanya di sini, semalam.

Thursday, October 20, 2011

Nasib ibuku (guru KAFA) bakal terbela


KUALA LUMPUR: Kerajaan diharap dapat mempertimbangkan untuk menyerap kira-kira 30,000 guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) ke jawatan tetap bagi menjamin masa depan dan kerjaya yang lebih baik dalam profesion perguruan.

Datuk Md Sirat Abu (BN-Bukit Katil) berkata menerusi penyerapan ke jawatan tetap, kebajikan guru KAFA akan lebih terbela di samping memberi pengiktirafan kepada sumbangan mereka dalam pendidikan agama kepada kanak-kanak.

"Guru KAFA adalah warga pendidik yang memainkan peranan besar dalam pendidikan Islam di negara ini.

"Tugas mereka sangat mulia dalam melahirkan generasi cemerlang ilmu dunia dan akhirat, disamping membentuk akidah dan sahsiah murid-murid dalam membentuk modal insan," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012.

Beliau berkata kebajikan guru KAFA perlu diberi perhatian agar mereka mendapat kemudahan setaraf dengan guru-guru sekolah dibawah Kementerian Pelajaran. Pada masa kini, guru KAFA berkhidmat menerusi ikatan kontrak dan mereka tidak layak mendapat faedah seperti mana penjawat awam yang mendapat kemudahan perubatan dan pinjaman perumahan.
Persidangan Dewan bersambung pada Khamis.-BERNAMA

Seks hanya RM10

KOTA KINABALU: Hanya RM10. Itu bayaran dikenakan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang masih bersekolah kepada rakan sekelas yang mahu mengadakan hubungan seks dengannya.

Remaja berkenaan juga tidak kisah melakukan perbuatan terkutuk itu pada siang hari di hotel murah pilihannya dan lebih memeranjatkan sudah melakukannya sejak berusia 15 tahun lagi.

Dalam pertemuan dengan wartawan Harian Metro, pelajar itu yang hanya mahu dikenali sebagai Lina berkata, dia mula membabitkan diri dengan kegiatan tidak bermoral itu selepas dipengaruhi beberapa rakan wanita lebih tua yang dikenalinya ketika melepak di kompleks beli-belah di bandar raya ini.

“Ketika itu, saya memerlukan wang untuk membeli pakaian berjenama selain mendapatkan peralatan sekolah lebih lengkap, sedangkan keluarga tidak mampu menyediakannya termasuk buku latihan disebabkan faktor kemiskinan,” katanya.

Tarikh Lahir adalah tarikh mati..

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

Opppsss..... rileks semua. Datok belum habis cakap lagi. Ini berikutan Jabatan Pengangkutan jalan (JPJ) akan memperkenalkan sistem pembaharuan lesen berdasarkan TARIKH LAHIR. Cuba kotrang baca sikit kaedah pelaksanaannya di bawah ni. Jangan nanti ada yang terlupa atau banyak alasan lagi nak renew lesen!

PUTRAJAYA 20 Julai – Orang ramai dinasihatkan tidak berebut untuk memperbaharui lesen memandu mereka yang tamat tempoh bagi diselaraskan dengan sistem baru iaitu mengikut tarikh lahir seseorang.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, orang ramai hanya perlu memperbaharui lesen memandu apabila tempohnya tamat dan bukannya apabila tarikh lahir mereka tiba.
Sebagai contoh, mereka yang akan menyambut hari lahir pada Mei depan tetapi lesen memandu akan tamat pada Januari, mereka hanya perlu memperbaharui lesen pada Januari tetapi tarikh tamat lesen akan diletakkan pada Mei.

“Bagaimanapun, mereka tidak dikenakan sebarang bayaran kerana ia kurang enam bulan dari tarikh tamat lesen, namun bayaran lesen untuk tempoh setahun tetap dikenakan sebanyak RM30 kerana tempoh lesen akan dihidupkan melebihi setahun.

“Bagi mereka yang tarikh lahirnya melebihi enam bulan daripada tarikh lesen memandu tamat tempoh akan dikenakan bayaran tambahan sebanyak 50 peratus iaitu RM15,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet kementeriannya di sini hari ini.

Skim itu tidak merugikan para pemandu kerana terdapat pemandu yang akan menikmati kadar tempoh lesen melebihi setahun dari tarikh ia dihidupkan.

Cho Ha berkata, pemandu masih dibenarkan memperbaharui lesen memandu mereka sehingga lima tahun walaupun sistem tersebut dilaksanakan.

Berdasarkan rekod Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), terdapat 2.2 juta daripada 11.8 juta rekod pemegang lesen tidak aktif atau tidak memperbaharui lesen memandu mereka.

“Kebanyakan pemandu memberikan alasan sukar mengingati tarikh tamat tempoh lesen memandu masing-masing khususnya yang memperbaharui bagi tempoh yang panjang iaitu tiga hingga lima tahun.

“Pemegang lesen memandu dalam cip MyKad yang tidak dipaparkan maklumat tarikh tamat pada permukaan MyKad turut menyebabkan pemandu sering memandu semasa lesen sudah tamat tempoh dan akhirnya dikenakan tindakan saman,” katanya.

Rekod JPJ juga menunjukkan, trend memperbaharui lesen memandu adalah 47 peratus (2.7 juta orang) untuk tempoh setahun; 31 peratus (1.8 juta orang) tempoh dua tahun; 18 peratus (1.1 juta) bagi tempoh tiga tahun manakala lima peratus atau 265,264 orang bagi tempoh lima tahun.

Beliau berkata, JPJ diarah menyediakan mekanisme pelaksanaan dan inisiatif memperbaharui lesen memandu mengikut tarikh lahir agar ia dapat dilaksanakan dalam tempoh tiga bulan.

Wednesday, October 19, 2011

Berita Harian Online | TV tak sesuai untuk budak

Berita Harian Online | TV tak sesuai untuk budak

NEW YORK: Kanak-kanak berusia kurang dua tahun tidak digalakkan menonton televisyen atau video kerana ia boleh menjejaskan perkembangan dan melambatkan keupayaan mereka bertutur, kata sekumpulan pakar pediatrik Amerika Syarikat (AS) dalam satu kajian disiarkan semalam.

Pakar pediatrik dari Akademi Pediatrik Amerika (AAP), Ari Brown, berkata ibu bapa seharusnya bercakap dengan anak, menggalakkan mereka bermain secara bebas, bertujuan menggalakkan perkembangan dan pertumbuhan minda kanak-kanak.
Berdasarkan kajian dikemas kini, kami memperoleh bukti media elektronik seperti televisyen dan video berpotensi memberi kesan negatif kepada kanak-kanak berusia kurang dua tahun. Justeru, itu AAP tidak menggalakkan mereka menonton televisyen dan video, katanya. 

Kajian terbaru itu bagaimanapun, tidak merujuk kepada permainan interaktif seperti permainan video, telefon pintar atau peralatan lain, hanya menjurus kepada media tontonan pasif ke atas mana-mana jenis layar sama ada telefon, komputer, televisyen atau lain.

Brown berkata, pemantauan diperlukan berikutan ledakan DVD bayi menyasarkan kumpulan usia dari satu hingga dua tahun, selain pengakuan 90 peratus ibu bapa yang menjadi responden bayi mereka menonton media elektronik.

Apa yang jelas ramai ibu bapa tidak peduli dengan hasil kajian ini. Dalam dunia layar yang berada di mana-mana, saya fikir kita perlu mencari jalan mengendalikan dan menjadikan satu diet media sihat.

AAP menggesa pakar pediatrik membincangkan penggunaan media dengan ibu bapa dan menyatakan golongan dewasa perlu sedar betapa terganggunya mereka apabila televisyen bersiaran. - AFP

10 Sebab Cuci Motor Lebih Baik Dari Berkhalwat

1. Cuci motor boleh dilakukan depan kawan-kawan tanpa merasa malu dan bersalah.

2. Masa sedang asyik menggosok dada motor tak perlu tengok-tengok kiri kanan.

3. Motor tak merengek-rengek masa ia mula basah dan licin oleh sabun.

4. Boleh tangguh beberapa minit , pergi sambut telefon, makan nasi, pergi tandas, hisap rokok tanpa sesiapa yang tak puas hati.

5. Tak perlu pujuk-pujuk dan berjanji untuk bertanggung jawab sekiranya hendak mula mencuci motor.

6. Lepas cuci boleh naik dan henjut-henjut serta tunggang-tunggang dalam sebarang posisi tanpa emak atau JPJ tegur sekiranya belum dihidupkan enjin.

7. Tak perlu bersusah payah mencari tempat tersembunyi , depan rumah atau di stesyen minyak pun boleh.

8. Nak pancut air sepuas-puasnya dalam atau luar enjin tiada yang larang.

9. Nak buat setiap hari lagi digalakkan, malah dipuji oleh kawan-kawan. Majikan tidak akan memecat anda.

10. Jika kebetulan tok kadi dan ketua kampung melintas , anda boleh menegur dengan senang hati dan mempelawa mereka mencuci motor !

so jangan risau la korang k ~ ME!

Tuesday, October 18, 2011

MACAM-MACAM WATAK PENGGUNA FACEBOOK (Identify Your Self)

Aku dapat ni dari RAKAN FB dan rasanya kena gak dengan batang pelir idong sendiri!!!

MACAM-MACAM WATAK PENGGUNA FACEBOOK (Identify Your Self)
  1. MODEL : Tukar gambar setiap hari
  2. PENJENAYAH : Tukar nama setiap hari...
  3. OVER ACTING @ PERASAN BAGUS : Namanya menggunakan simbol2 sehingga menyusahkan kwn2 nak cari terutamanya ketika kecemasan (Contoh :: 71M@T -> Jimat)
  4. WARTAWAN : suka menyebarkan pesanan, walaupun tak penting !
  5. PENGGANAS : Suka menyebarkan link yang menakutkan (contoh : sila sebarkan pesanan ini jika tidak anda akan ditimpa kesusahan @ bencana etc)
  6. BINTANG FILEM : Suka update status setiap 5 minit
  7. BINGUNG : Tidak dapat membezakan ruang untuk wall post atau status -.-'
  8. PERASAN HEBAT : Selalu melaporkan dimana lokasi semasa setiap masa ! Contoh ( otw ke Mydin Mall ) kemudian ( di Mydin Mall shopping jap ) kemudian ( karaoke di Mydin Mall ) bla..bla..bla.. Semuanya berlaku dlm 1 jam. So annoying okayy -.-''
  9. BUDAK HINGUSAN : Selalu menampilkan gambar dgn gaya aksi ! (contohnya amek gmbr dgn mulut terbuka luas, tak takut ke lalat masuk dlm mulut ?)
  10. SHOWOFF : Nak makan pun siap ambil gambar dulu dan dibuat pic profile. MOTIFFFFFF ?
Soooo... cuba korang identify sendiri ciri-ciri yang manakah bersesuaian dengan korang? Aku rasa 10 kategori ni pun ada pada aku Huhuhuhuhuhu....

Bukan silap mata!

It not an optical_illusion on Twitpic
Apakah persepsi pertama anda bila melihat gambar ini? KOmen pleeaseeeeee......

Pembayaran Awal Pencen Bersempena Perayaan Deepavali Tahun 2011

Rujukan: Laman web JPA

Berita baik kepada pesara perkhidmatan awam semua...

Bersempena dengan Perayaan Deepavali yang akan disambut pada 26 Oktober 2011, Kerajaan telah memutuskan untuk membayar pencen bagi bulan Oktober 2011 awal iaitu pada 18 Oktober 2011.

Sehubungan dengan itu, penerima pencen yang menerima waran pencen bertarikh 19 Oktober 2011 hingga 31 Oktober 2011 boleh menunaikan waran mereka mulai 18 Oktober 2011. Bagi penerima pencen yang dibayar pencen melalui bank boleh menuntut pembayaran pencen di bank yang terlibat mulai dari 18 Oktober 2011.

Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Putrajaya
14 Oktober 2011

Berbelanjalah dengan berhemah!

Monday, October 17, 2011

Isu Semasa Malaysia : Assam Laksa Penang Dalam Ranking 10 Makanan Pilihan Dunia | Isu Semasa Malaysia dan Berita Terkini Malaysia

Isu Semasa Malaysia : Assam Laksa Penang Dalam Ranking 10 Makanan Pilihan Dunia | Isu Semasa Malaysia dan Berita Terkini Malaysia


From NG Cheng Yee

No matter whether you life to eat or eat to live.

Famous Penang Assam laksa’s is one of the dishes in the value of through the world, CNN International Food Survey.

Under his CNNGo Guide to lifestyle, shopping, hotels and restaurants is Malaysia’s popular dish also seventh among world’s 50 delicious food.

CNNGo the Court describes as “poached, as flakes, mackerel, tamarind, chilli, mint, lemon grass, onions, pineapple in an addictive hot and sour fish broth with noodles.”
It added that the laksa Penang Assam was particularly great, when fused with ginger “, which have made your nose before the spoon hits even your lips.”

Two popular Singapore dishes (the part of our staple diet in Malaysia) have made it to CNNGo of the list as well.

No. 45 is the national dish of rice, Singapore, chicken. “If you do not actually Chicken Rice food in Singapore, you think of,” says the website.

Placing higher at no. 35 is Singapore’s infamous chili crab, the Web site as “spicy, sloppy, meaty specialty” describes that is a must try on a visit to Singapore.

Thai massaman Curry is leader, and as the “King of all the food”, with its “spicy, sweet and savory” flavors.

Thursday, October 13, 2011

Korang tau tak berapa hari cuti rehat korang setahun?

Kita ni asyik cuti ikut suka je... kadang tulis, kadang isi dlm HRMIS... Apa kata kita kemaskini semula bilangan cuti yang kita ada dalam setahun.

Rujukan          : Perintah Am 2, 7 hingga 11 dan 60 Bab ‘C’
                         Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 1991
                         Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2002
                         Pekeliling Perkhidmatan Bil. 20 Tahun 2005
                         Pekeliling Perkhidmatan Bil. 14 Tahun 2008
 
Tujuan             : Diberi untuk tujuan kecekapan dan kepentingan pegawai.
 Syarat            :
 (i)                Berdasarkan perkhidmatan yang melayakkan.
(ii)                Diluluskan oleh Ketua Jabatan.
Kadar              :
  • Lantikan Sebelum 1 September 2005
Kumpulan/ Gred Di Bawah 10 Tahun Perkhidmatan Genap 10 Tahun Perkhidmatan Dan Lebih
Pengurusan Tertinggi 30 hari 35 hari
31- 54 30 hari 35 hari
21- 30 25 hari 30 hari
1 – 20 20 hari 25 hari

  • Lantikan Mulai 1 September 2005
Kumpulan/ Gred Di Bawah 10 Tahun Perkhidmatan Genap 10 Tahun Perkhidmatan Dan Lebih
Pengurusan Tertinggi 30 hari 30 hari
31- 54 30 hari 30 hari
21- 30 25 hari 30 hari
1 – 20 20 hari 25 hari

  • Terima Tawaran Opsyen Dan Lantikan Mulai 1 Januari 2009
Kumpulan/ Gred Di Bawah 10 Tahun Perkhidmatan Genap 10 Tahun Perkhidmatan Dan Lebih
Pengurusan Tertinggi 25 hari 25 hari
31- 54 25 hari 25 hari
21- 30 25 hari 25 hari
1 – 20 20 hari 25 hari

Agensi Terlibat           : Perkhidmatan Awam
Tarikh Kuat Kuasa     : 1 November 2002 (PP Bil. 4 Tahun 2002), 1 September 2005 (PP Bil. 20 Tahun 2005), 1 Januari 2009 (PP Bil.14 Tahun 2008).

Pekeliling Pinjaman Perumahan

Kepada anda yang belum ada rumah sendiri dan bercadang nak ada satu, aku kongsikan pekeliling terkini yang berkaitan dengan pinjaman perumahan. Korang boleh baca lanjut pautan lain yang ada kene mengena dengan ini cerita...

RUJUKAN:

Syarat  : Pemohon yang layak memohon pinjaman adalah seperti berikut: 
(i)   Anggota Perkhidmatan Awam/Polis/Tentera
(ii)  Pegawai Tetap yang sedang berkhidmat dalam Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri atau Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan.
(iii) Warganegara Malaysia.
(iv) Telah berkhidmat sekurang-kurangnya satu (1) tahun dan telah disahkan jawatan.
(v) Bukan seorang bankrap atau siberhutang hukuman atau seorang tidak berkemampuan kewangan atau sedang diambil tindakan tatatertib bagi tujuan buang kerja.

Agensi Terlibat :         Perkhidmatan Awam
Tarikh Kuat Kuasa :  1 Januari 2011

Kadar:

Gaji Bulanan Hakiki (RM) Kelayakan Pinjaman (RM)
6,500 dan ke atas 450,000.00
5,500 ke 6,499 420,000.00
4,500 ke 5,499 400,000.00
3,500 ke 4,499 380,000.00
3,000 ke 3,499 320,000.00
2,500 ke 2,999 280,000.00
2,000 ke 2,499 255,000.00
1,500 ke 1,999 205,000.00
1,200 ke 1,499 168,000.00
1,000 ke 1,199 130,000.00
800 ke 999 105,000.00
799 dan ke bawah 80,000.00






 

Tuesday, October 11, 2011

Panduan Penggunaan Facebook dan Twitter Untuk Bloggers | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com

Panduan Penggunaan Facebook dan Twitter Untuk Bloggers | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com

Aku merasakan entry wanita-blogger ni sangat sesuai untuk aku belajar menjadi blogger yang betul...

Facebook dan Twitter memang medium terbaik untuk semua bloggers. Ada blog tapi tak ada akaun Twitter dan Facebook macam tak kena je rasa. hahahaha!!! Orang lain saya tak tahulah, tapi bagi saya 2 akaun ni sangat penting bagi setiap bloggers.

Facebook dan Twitter keduanya penting sebagai medium untuk bloggers dan pembaca blog saling berhubung antara satu sama lain. Setiap kali kita kemas kini blog, kita akan beritahu semua orang dekat kedua akaun ni kan? hehehehe!!! Biasalah tu.

Sama konsepnya dengan setiap kali kita kemas kini blog, kita wajib ping blog kita untuk search engine macam Google contohnya tahu yang kita dah update blog tapi awas eh, jangan sampai kena lempang dengan Google. Kenapa? Baca entry bro Denaihati tu. hahaha!!!

Ok, sambung. Tapi, kita sebagai blogger ni pun kena tahu juga cara penggunaan kedua-dua media sosial dengan betul. Ssaya tak adalah teror sangat nak bagi tips hebat-hebat. Sajalah saya tulis Panduan Penggunaan Facebook dan Twitter Untuk Bloggers. Mana yang boleh pakai dan logik, terimalah. Kalau tidak, abaikan je.hehehehe!

Panduan Penggunaan Facebook dan Twitter Untuk Bloggers

1. Urus Akaun Twitter/ Facebook sendiri

Blog korang boleh uruskan sendiri kan? Jadi, pastikan akaun Twitter mahupun Facebook pun korang uruskan sendiri dan bukan kongsi dan minta tolong orang lain yang kemas kini status korang. Ini menunjukkan keprihatinan korang.

2. Sentiasa kemas kini status Twitter/Facebook

Pastikan akaun Twitter dan Facebook korang tu sentiasa ada cerita baru. berbuallah dengan kawan-kawan Facebook/Twitter korang. Sentiasa kemas kini. Kalau malas atau sibuk sangat sekalipun, curi-curi masa sikit untuk kemas kini. Jangan buat akaun korang tu “berhabuk” lama sangat.

3. Gunakan Identiti Sebenar

Kalau boleh, bila buat Facebook/Twitter tu gunalah nama yang menunjukkan identiti blog korang juga. Macam saya, blog saya Lizarazak.com. Jadi, untuk akaun Twitter saya guna lizarazak dan untuk Facebook pula saya kekalkan lizarazakdotcom. Jangan buat pembaca blog susah nak cari korang dalam Twitter mahupun Facebook.

4. Jangan Paksa followers/friends

Blogger dengan trafik memang tak boleh nak pisahkan. Biasalah, semua blogger nak trafik masuk dalam blog dia mencurah-curahkan. Tapi, bila kita dalam Twitter/Facebook ni janganlah amalkan sangat konsep memaksa orang untuk baca entry blog kita. Jangan sampai followers/ friends kita rasa annoying lah dekat kita. huhuhuhuhu!

5. Jangan main tag-tag di Facebook

Oh please lah bloggers, jangan sesekali buat amalan buruk perangai ni. Tag-tag benda yang memang ada kaitan dan penting tak apa ya. Tapi, bila tag-tag perkara yang LANGSUNG TIADA KAITAN dengan seseorang tu ibarat mencari gaduh dalam diam tau.hahahaha!!! Orang akan maki kita :P

6. Layan semua followers/Friends sama rata

Bloggers tak boleh pilih-pilih kawan ya. Merbahaya sangat woo. Layanlah semua orang yang menyapa kita tu seikhlas hati dan sama rata. Memang saya tak nafikan, saya sendiri kadang-kadang terlepas pandang juga. Rasa bersalah bila tak balas mention di Twitter tapi saya tahu saya dah MENCUBA layan semua orang cuma saya tak mampu. Itu lain cerita tapi at least kita dah cuba! Jangan jadi sombong dan memilih kawan tak bertempat!

7. Privasi

Kita ambil contoh di Facebook. Pastikan kita dah set awal-awal level privasi untuk akaun Facebook kita tu. Album gambar terutamanya. Itu penting ya! Kita ni bloggers sebenarnya terdedah dengan kes “tak puas hati antara satu sama lain”. Biasalah. Kadang-kadang blogger sendiri atau bukan bloggers ni bukan semua yang sukakan kita. So, langkah keselamatan dan privasi gambar tu penting!

8. Perli memerli sesama bloggers

Jangan jadi macam budak-budak. Bergaduh di Facebook dan Twitter. Kalau ada apa-apa masalah, jangan perli memerli (kadang-kadang saya terbuat juga). Sebenarnya ianya akan mengeruhkan keadaan je! Bincanglah cara orang dewasa ;)

9. Tolong menolong untuk promote entry

Apalah salahnya amalkan untuk tolong kawan-kawan blogger kita ni promote entry blog diorang kan? Tapi,jangan harapkan orang je RT/Share entry blog kita tapi kita ni sikit pun tak nak tolong kawan kita tu. Sama-samalah. Ini tidak, rajin suruh orang promote entry dia tapi dia adalah manusia paling kedekut tenaga nak RT/Share entry orang lain. Tak baiklah kan macam tu.

Amacam? Korang SOKONG ke BANGKANG? Boleh komen di bawah yek...

Monday, October 10, 2011

myMetro | Ajar teknik kawal tekanan

myMetro | Ajar teknik kawal tekanan

Ajar teknik kawal tekanan

Oleh Norlaila Hamima Jamaluddin
norlaila@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
TERDESAK...tekanan perasaan tidak berbendung boleh mengakibatkan tindakan nekad.
TERDESAK...tekanan perasaan tidak berbendung boleh mengakibatkan tindakan nekad.
TERDESAK...tekanan perasaan tidak berbendung boleh mengakibatkan tindakan nekad.
TERDESAK...tekanan perasaan tidak berbendung boleh mengakibatkan tindakan nekad.

INSIDEN remaja atau golongan muda bertindak agresif di luar batas kemanusiaan kepada keluarga sendiri semakin menjadi-jadi.

Kadangkala disebabkan perkara kecil pun ada yang sanggup mencederakan insan yang selama ini banyak berkorban untuk mereka.

Berita seorang gadis di Sabah yang membunuh neneknya selepas disuruh masak nasi sangat menghiris hati. Tambah sedih apabila ada remaja belasan yang nekad membunuh diri sendiri kerana terlalu kecewa hubungan cinta putus di tengah jalan.

Ini antara contoh yang menunjukkan bahawa kanak-kanak dan remaja juga mengalami tekanan - aspek yang biasanya dipandang ringan.


Namun Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Ketiga pada 2006 mendapati ramai remaja berusia 16 hingga 19 tahun mengalami masalah kesihatan mental (14.4 peratus) berbanding 11.2 peratus di kalangan orang dewasa.


Kajian itu juga menunjukkan secara keseluruhan 11 peratus golongan muda berusia 16 hingga 24 tahun pernah terfikir mahu membunuh diri, kata Pakar Psikiatri Hospital Assunta, Dr Philip George.

Menurut Dr George, remaja adalah zaman peralihan antara alam kanak-kanak ke dewasa di mana kebanyakan perubahan perkembangan fizikal, kognitif dan sosio emosi berlaku dalam tempoh ini.

Jika dulu tempoh remaja bermula dari umur 12 atau 13 tahun ke 20 tahun, tetapi kini tempohnya menjadi lebih panjang iaitu daripada umur 10 hingga 24 tahun.



Ketika remaja inilah mereka banyak belajar kemahiran sosial dan membentuk karektor peribadi yang dipengaruhi oleh:


  • Pencapaian pendidikan
  • Hubungan dengan ibu bapa dan ahli keluarga
  • Peluang untuk berdikari dan membuat keputusan untuk dirinya sendiri
  • Hubungan dengan adik beradik
  • Hubungan dengan rakan-rakan
  • Peluang bersosial dengan rakan berlainan jantina
  • Kecenderungan terhadap sukan, hobi dan aktiviti


    Namun alam remaja juga adalah alam yang banyak tekanan. Tekanan ini disumbangkan banyak faktor termasuk pendidikan, harapan ibu bapa yang terlalu tinggi, kurang perhatian keluarga, keyakinan diri dan pengaruh rakan-rakan.

    “Trend sekarang yang mana ibu bapa lebih banyak memberi penekanan kepada pencapaian akademik sangat membimbangkan kerana ia secara tidak langsung akan meminggirkan aspek penting lain dalam kehidupan. Kurangkan penekanan terhadap pencapaian anak-anak dalam aspek kehidupan lain boleh mengikis keyakinan diri yang sekali gus akan meningkatkan tekanan.

    “Malangnya ibu bapa sering melihat tekanan sebagai masalah orang dewasa saja, tetapi hakikatnya perkara ini turut berlaku pada kanak-kanak dan remaja.

    “Oleh itu ibu bapa menganggap isu menguruskan tekanan tidak penting bagi kanak-kanak dan remaja. Mereka akan jadi individu yang sangat lemah (emosi dan fikiran) apabila berhadapan dengan tekanan.

    “Kelemahan inilah juga yang boleh membawa remaja kepada kemurungan. Apa yang membimbangkan ialah kemurungan di kalangan remaja semakin meningkat dan biasanya kes lebih banyak berlaku pada remaja perempuan selepas mereka akil baligh,” katanya.

    Selain itu, masalah kurang keyakinan diri (yang sepatutnya dibina sejak kecil) juga perlu diberi perhatian. Ibu bapa boleh meningkatkan keyakinan diri anak-anak kecil dengan memberi ganjaran apabila mereka berbuat baik dan ganjaran terbaik ialah dalam bentuk pujian, bukannya barang atau duit. Pun begitu ibu bapa perlu ingat, tidak kira sayang mana pun mereka kepada anak, anak-anak perlu diberi hukuman apabila melakukan kesalahan.

    “Konsep keibubapaan baru di mana ibu bapa menjadi kawan kepada anak remaja sendiri adalah baik, tetapi perlu ada hadnya. Ibu bapa kena menetapkan peraturan yang perlu dipatuhi dan hukuman (yang dipersetujui anak dan ibu bapa) jika melanggar peraturan ditetapkan. Ajak anak dalam perbincangan supaya dia menghormati peraturan di rumah.

    “Masalahnya ibu bapa sekarang tidak tahu apa yang baik untuk anak-anak mereka dan kebanyakannya lewat memberi hukuman.

    “Hukuman sepatutnya dijalankan sejurus selepas kesalahan dilakukan. Lebih penting, ibu bapa perlu sepakat untuk mendenda anak, tetapi lebih baik jika perkara yang boleh menyebabkan dia dikenakan hukuman itu dapat dielakkan,” katanya.

    Rasa lemah dan kurang keyakinan diri juga boleh mendorong kepada perlakuan berisiko tinggi seperti minum alkohol, salah guna dadah, memandu atau menunggang motosikal dengan laju atau terbabit dalam aktiviti seksual.

    Keinginan membunuh diri juga semakin meningkat di kalangan remaja dan mereka yang ‘lemah’ serta ada masalah kesihatan mental lebih cenderung untuk membunuh diri atau sekurang-kurangnya mencederakan diri sendiri.



    Hubungan keluarga dan sosial


    SELAIN pencapaian dalam pelajaran dan keyakinan diri, faktor hubungan keluarga dan sosial juga boleh membuatkan remaja tertekan.

    Perubahan struktur keluarga iaitu saiz keluarga yang semakin kecil, kedua-dua ibu bapa sibuk bekerja dan kurang meluangkan masa berkualiti untuk berinteraksi dengan anak-anak juga memberi kesan negatif kepada perkembangan remaja.

    Anak-anak akan berasa sunyi dan kesunyian inilah yang boleh mendekatkan remaja dengan kemurungan. Apatah lagi jika ahli keluarga lain tidak memainkan peranan sebagai kumpulan sokongan dan pemberi bimbingan. Maka tidak hairan jika ramai remaja beralih kepada kawan-kawan untuk meluahkan perasaan.

    “Ada satu perkara yang ramai ibu bapa terlepas pandang iaitu tidak membincangkan isu remaja dengan anak ketika mereka kecil. Sebenarnya dari kecil anak perlu diberitahu masalah yang sering dihadapi oleh remaja seperti merokok, salah memilih kawan atau terjebak dengan gejala tidak bermoral. Jadi dari awal mereka sudah tahu apa yang perlu dilakukan jika berhadapan dengan perkara itu,” katanya.

    Apa pentingnya anak kecil dibekalkan dengan ilmu menguruskan tekanan? Ia sangat penting kerana pada umur yang semuda ini anak-anak tidak tahu tindakan sewajarnya yang perlu diambil apabila berhadapan dengan tekanan. Mereka masih belum dapat membezakan tindakan yang diambil boleh mendatangkan kemudaratan.

    Kita tentunya tidak mahu anak-anak yang masih berada di bersekolah mengambil keputusan nekad membunuh diri (dengan pelbagai cara) kerana masalah keluarga, sasaran untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan atau dibuli oleh rakan-rakan semata-mata tidak dibekalkan dengan kemahiran berhadapan dengan tekanan.

    Projek Gatehouse yang dijalankan selama enam tahun oleh penyelidik Universiti Melbourne, Australia ke atas pelajar sekolah mengenai penggunaan dadah, aktiviti seks, kemurungan dan keinginan membunuh diri mendapati masalah sosial ini menurun sebanyak 50 hingga 66 peratus selepas pelajar dibekalkan dengan ilmu pengurusan tekanan harian.

    “Ramai ibu bapa merungut hubungan dengan anak remaja semakin renggang.
    Sebenarnya remaja ada niat untuk berdikari dan ia perlu digalakkan. Beri ruang untuk berbincang dengan anak-anak, tetapi ibu bapa perlu tahu cara berkomunikasi dengan mereka.

    “Remaja suka kalau ibu bapa terbabit dalam aktiviti mereka walaupun sekadar menjadi penyokong.

    “Kadang-kadang ibu bapa tidak tahu bagaimana hendak memulakan perbualan. Anda boleh mulakan sesi dengan bercerita supaya dia ada ruang untuk bersuara.

    “Melalui cara ini barulah ibu bapa perlahan-lahan dapat menjadi rakan anak dan mereka pula boleh meluahkan masalah, jika ada. Ketika berbincang ini, ibu bapa perlulah meletakkan diri mereka sama taraf dengan anak dan bukan bertindak sebagai ketua keluarga,” katanya.

    Cabaran lain ialah peningkatan pendedahan pada media dan Internet yang mungkin boleh memberitahu remaja bahawa idea membunuh diri atau mencederakan diri sendiri sebagai sesuatu ‘biasa.’

    “Memang banyak perdebatan sama ada media sosial seperti Facebook, Twitter dan lain-lainnya boleh menyebabkan kemurungan. Pada masa ini media sosial dianggap mungkin boleh memburukkan kemurungan kepada mereka yang sudah mula mengalami masalah ini. Seseorang remaja mungkin akan berasa lebih tertekan apabila melihat kegembiraan rakan-rakan maya sedangkan dia tidak berpeluang menikmati semua itu.

    “Pada masa sama, media sosial juga boleh mengurangkan peluang untuk membentuk kemahiran bersosial yang asas kerana remaja tidak perlu berinteraksi secara bersemuka. Inilah sebabnya ibu bapa perlu memantau penggunaan media sosial ini supaya anak anda tidak terjebak dengan risiko yang berkaitan dengannya. Bukan sedikit kes rogol dilaporkan membabitkan remaja perempuan apabila bertemu dengan rakan maya mereka. Namun bukan semuanya buruk kerana ada juga laporan mengatakan media sosial ini boleh meningkatkan keyakinan diri seseorang remaja,” katanya.

    Pemakanan dan rehat secukupnya termasuk tidur juga memainkan peranan penting dalam kesihatan mental. Pemakanan kurang berzat atau terlalu banyak makanan diproses seperti makanan segera boleh mendatangkan tekanan pada badan - yang mempengaruhi emosi dan fikiran. Remaja memerlukan antara sembilan hingga 10 jam tidur kerana kekurangan tidur (tidur lewat malam) memang akan memberi kesan negatif pada kesihatan mental mereka.



    Tanda kemurungan remaja


    BERBEZA dengan orang dewasa, tanda kemurungan kanak-kanak dan remaja lebih bersifat fizikal iaitu daripada segi tingkah laku. Antaranya ialah:

  • Selalu berasa sedih atau rasa tidak berguna
  • Tidak lagi mementingkan penampilan dan kebersihan diri
  • Enggan berinteraksi dengan orang lain
  • Suka melanggar peraturan
  • Merosakkan harta benda awam
  • Menunjukkan sikap melawan
  • Tidak mahu ke sekolah
  • Pencapaian akademik merosot
  • Hilang minat terhadap aktiviti kegemaran seperti sukan, membaca, muzik dan lain-lain

  • Perlakuan berisiko seperti merempit, menyalahguna dadah atau terbabit dalam aktiviti seksual

  • Lebih cepat marah dan tergang�gu daripada biasa


    Jika anak anda menunjukkan ciri-ciri di atas, ia menandakan mereka mahukan perhatian ibu bapa atau meminta bantuan dalam diam. Ibu bapa disaran supaya mendapatkan bantuan pakar psikiatri secepat mungkin supaya masalah yang ditanggung anak tidak melarat.

    Menurut Dr George, Befrienders iaitu kumpulan sokongan melalui telefon melaporkan jumlah panggilan yang mengadu mahu membunuh diri semakin mening�kat dan sebahagian pemanggil terdiri daripada remaja.



    Rawatan


    APABILA seseorang berjumpa pakar psikiatri, biasanya ramai beranggapan orang itu sudah ‘tidak betul’ atau gila sehingga menyebabkan sesetengah keluarga berat hati hendak mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor kerana bimbang diberi label yang memalukan.

    Ada keluarga atau ibu bapa lebih rela mengurung anak yang bermasalah di rumah tanpa menyedari tindakan itu sebenarnya akan lebih memburukkan keadaan. Lebih menyedihkan apabila ada sesetengah keluarga merantai si pesakit untuk
    mengelakkan dia keluar dari rumah.

    “Berdasarkan pengalaman saya, ramai remaja yang bersyukur apabila dibawa mendapatkan rawatan kerana mereka sudah tidak tahan lagi menanggung tekanan atau gejala kemurungan. Bantuan profesional boleh datang daripada kaunselor, pakar psikologi atau psikiatri. Kebanyakan hospital kerajaan dan swasta mempunyai pakar psikiatri atau kaki tangan khas untuk membantu kes berkaitan masalah mental.

    “Pakar psikiatri akan menjalankan penilaian dengan mendapatkan maklumat daripada remaja bermasalah, ibu bapa dan adik beradik. Kemudian mereka akan menjalankan ujian untuk mengetahui jika ada masalah kesihatan lain yang mungkin menjadi punca dan akhirnya mencadangkan pelan rawatan.

    “Rawatan untuk pemikiran membunuh diri akut atau mereka yang ada masalah penyalahgunaan dadah mungkin memerlukan pesakit untuk tinggal di wad buat sementara waktu,” katanya sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia yang disambut pada 10 Oktober setiap tahun.

    Ubat juga mungkin akan diberikan tetapi sesetengah ubat antikemurungan perlu diambil secara berhati-hati (di bawah pemantauan doktor) kerana pada remaja ia boleh menyebabkan keinginan membunuh diri semakin tinggi dalam beberapa minggu pertama ia diambil.

    Biasanya perubahan dapat dilihat selepas satu atau dua bulan dengan pengambilan ubat yang teratur namun kebanyakan kes perlukan rawatan sekurang-kurangnya selama enam bulan untuk benar-benar ‘pulih’ dan mengelakkan berlakunya pengulangan semula masalah kemurungan.

    Lain-lain rawatan termasuk terapi perlakuan kognitif, hubungan sesama manusia dan kaunseling pada remaja berkenaan dan keluarganya. Kemurungan boleh dirawat dan hampir 80 hingga 90 peratus pesakit sembuh dengan rawatan yang bersesuaian.
  • myMetro | Ketagih porno

    myMetro | Ketagih porno

    EAST BETHEL, (Minnesota): Seorang wanita berusia 18 tahun mengaku memecah masuk rumah jirannya sebanyak tiga kali untuk mencuri dan mencari barang yang boleh dijual untuk memuaskan ketagihan pornonya.
    Sherif di Anoka berkata, jirannya membuat laporan polis kerana mempunyai rakaman video menunjukkan Amanda Rose Owens menyelinap masuk ke rumahnya melalui lubang anjing di pintu belakang.

    Jirannya itu memasang kamera litar tertutup di rumahnya apabila wang tunai AS$300 (RM947) dan barang lain kepunyaannya, dicuri.

    Pegawai penyiasat berkata, Owens mengaku mencuri masuk ke rumah jirannya itu sebanyak tiga kali.


    Katanya, dia mencuri masuk kerana dia memerlukan wang untuk membeli 20 hingga 30 DVD pornografi.

    Sehingga semalam, tidak dapat dipastikan sama ada dia mempunyai peguam untuk membelanya di mahkamah. - AP

    Saturday, October 8, 2011

    Seperti kata pujangga..

    Waktu adalah kehidupan manusia. Jika digunakan untuk membaca akan menjadi sumber kebijaksanaan. Jika digunakan untuk berfikir akan menjadi kekuatan. Jika digunakan untuk berdoa akan menjadi keberkatan dan rahmat. Jika digunakan untuk bekerja akan menjadi keberhasilan. Jika digunakan untuk beramal akan menghantarkan menuju syurga. Semua itu adalah kewajiban seorang hamba terhadap Tuhannya. Gunakanlah waktu untuk kehidupan yang sebenarnya. Sesungguhnya kewajiban-kewajiban hamba di dunia lebih banyak darupada waktu yang tersedia.
    Published with Blogger-droid v1.7.4

    Friday, October 7, 2011

    Bajet 2012 (Online)

    Bagi anda yang nak menonton BAjet 2011 secara online, korang boleh klik http://live.tv3.com.my/bajet2012/live.asp

    BELANJAWAN 2012 OLEH PERDANA MENTERI

    Pembentangan Bajet 2012 oleh Perdana Menteri Dato' Seri Muhammad Najib Tun Razak di Parlimen secara langsung, Jumaat, 7 Oktober 2011 jam 3 petang di www.tv3.com.my. Hantarkan komen/cadangan anda di news@tv3.com.my

    Memulakan bicara

    Assalamualaikum semua. Hari ini, setelah hampir 10 tahun aku bekerja dengan Jabatan Peerangan Malaysia, baru le aku nak letak nama jawatan dan alamat pekerjaan hakikiku. Aku harap ini permulaan yang baik untuk aku fokus dengan kerjaya seumur hidupku ini.

    Wokey, nak makan jap. Balik semayang belum.sempat nak soru. Dah time.kerja lak nih..... Adoyai!
    Published with Blogger-droid v1.7.4

    Jadi Pakar Coklat!